Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 13, 2012

from 44 days become forever .

assalamualaikum...hai.. :)

hmmm nak cerita apa ek? mungkin ramai yang dah tau ( even i bukan retis yang meletops ). hahaha.
abah kite dah xde means meninggal dunia di Mekkah. inalillah...

how??? macam mane boleh jadi mcm ni?? selama ni abah sihat sangat sangat tapi kenapa tiba tiba berita ni yang perlu kami adek beradek dapat? semua orang xpercaya apatah lagi kami bahkan mak jugak xpercaya dengan apa yang kami kene tempuhi sekarang ni....

sebelum abah bergerak ke Mekkah, abah selesaikan semua hal hal dekat sini dengan cepat, kiteorg semua xtau yang ni petanda abah akan pergi, sebab abah memang jenis orang yang xsuke berlengah so kami xberapa nak pelik sbb dr dulu abah memang mcm tu...abah pon xde saket yang teruk, jadi kami xtersangka la kan yang abah boleh tetiba pergi...

sama macam post post yang lepas kita ada cerita yang kita xdapat nak hantar mak n abah ke lapangan terbang, xdapat nak beraya haji sesama...kesian kan? seminggu lepas mak n abah kat sana, malam tu abah call, mungkin tuhan gerakkan hati kita untuk angkat call tu walaupun dalam keadaan silent n no vibration, dengar suara abah, yesss buat hati ni tenang, xrisau mcm selalu.

sebelum mereka gerak lagi hati ni dah rasa xsedap, tapi xtau kenapa, tu yang menangis mcm nak hape masa dyorg otw ke kelana jaya....lepas seminggu kat sana after abah telefon, almost every 2 nights abah akan call kite tanye exam ok ke x, boley jawab ke x, ada duit ke x, sihat ke x, cukup mkn ke x, kadang kadang tu sampai xsedar yang dalam 1 hari tu ada la dlm 2 kali abah call....

kiteorg gelak gelak, gurau, rasa tenang je, bila tanye mak mane abah kata mak bnyk benda lg nak buat, abah siap doakan kite berjaya dalam idop, tenang selalu, jadi orang yang kuat, xterduga yang tu kata kata nasihat dia yang terakhir. masa raya haji tu, abah call rumah, kteorg adek beradek ckp dengan abah, bila sampai turn kita, pelik, kenapa suara abah lain, kita tanye abah " kenapa suara abah lain? abah demam ke? ". then abah jawab " tak lah abah xdemam abah batuk je, suara ni je yang mcm demam tapi xdemam pon, jaga diri kat sana, kalau xde duit mintak kat abang". so okayyy kita suruh abah rehat sbb yela kan penah tanye abah gak sebelum tu, abah penat tak kat sane, dy kata biasa la, semua benda penat. so kita pon mcm okayyy la kan, xde pape...

hari khamis, dapat call cakap abah masuk hospital, masa tu kita tdo, terkejut sangat ! kite terus call fon abah, dapat, abah jawab, kite tanya " abah saket apa? masa tu dah nanges2 ". abah kata " xtau, dokter xtau lg saket apa ni ". tapi dalam masa dy cakap tu dy batuk. kite pon ckp nak g kelas. balik dari kelas call abah lagi, tengah cakap2, kite dengar suara abah mcm org semput, nak nafas xsampai tetbe abah kata " dah la yun, abah batuk, xboleh cakap, abah penat nak rehat" . so kita cakap " okayy abah jaga diri baik2 taw, esok kite tepon lagi".

esok nya try call abah pagi petang malam, tapi abah xangkat, kita pkr ouh mungkin abah dah keluar wad and abah tengah buat ibadah dekat sana, so kite benti call abah.. sabtu tu tengah gelak2 tengok movie dapat call drpd abang, dy kata abah tenat. terus rasa mcm dada ni nak pecah. what!! no wonder la dy xngkat call jumaat tu! tanye abang mane tau sape btau, dy kata mak btau.... masa tu kita merayu rayu nanges kat abang mintak no mak..bila abang bg terus call mak....ya allah, setelah sebulan xdengar suara mak, terus menangis tambah2 lagi dengan berita yang abah tenat. mak kata abah saket paru-paru berkuman sbb kat sana banyak sangat habuk, badan abah xboleh terima. masa tu mak suruh doaaaa banyak banyak untuk abah..

mula daripada tu, kita nak gelak gelak ngan kengkawan pon rasa mcm mati ttbe sbb takot bila kita senang senang bersuka ria ttbe nt nages ( bad news ). makan pon xlalu, hati ni memang sangat sangat xtenang, hari hari call mak tanye mak dah tengok abah belum, tapi mak kata org hospital dah bwk abah ke hospital besar. susah nak tengok, lagipon mak kene la teruskan kerje dy kat sana kan. bila tanye kenapa mak xcall kita sebelum ni...mak kata "ABAH XNAK BG NO KAU, MCM MANE MAK NAK TELEFON" makne nye?? adakah abah memang sengaja nak cakap dengan anak2 dy??

hari isnin, abang yang lain mesej, dy kata kawan dy cakap abah dah stabil cuma xsedar je lg sbb nak bunuh kuman2 yang kat peparu tu...masa tu rasa tenang jiwa sbb dapat tau abah dah stabil. terus call mak ckp abah dah stabil, mak kata " alhamdulillah, bagus lah, khamis ni  mak nak bergerak ke madinah, mak nak tengok abah hari rabu nanti " masa hari rabu tu mak cakap dy dapat jumpa abah, abah bg respon, abah nanges bila mak cakap cakap dengan abah...masa tu mak pon lega sikit la nak ke madinah....

hari khamis kita g kelas mcm biasa, balik je pukul 5 terus mcm penat sangat2 terus tdo...masa tu mimpi, kita ckp ngan mak " xpe lah mak, bia lah abah tenang dekat sana". kita terus bangun n ke toilet, naik je atas anak sedara call, dy nanges2 n tengok dekat henfon lg 1 abang call tp xberjawab, terus tanye harriz kenapa ni kenapa nanges, ttbe akak amek fon n nanges2...dy kata abah dah xde, masa tu terus hati ni mcm mati jugak, terdiam, tapi kita still dapat control bia x nanges. dah agak dah benda ni nak jadi, tapi rasa mcm sekelip mata.

btol lah, seperti yang kita tau, ajal tu xkan awal walaupun 1 minit ataupun terlewat 1 minit. redha jeeee. xkan kita nak salahkan takdir, memang dah itu ajal abah. mak sndr xtau yang abah dah meninggal sampai la abang bgtau, mula mula mak pengsan, yela teman hidup dah xde, rasa macam xboleh nak terima. tapi alhamdulillah sekarang kami dan juga yang paling penting emak dapat terima ketentuan ni....

ada seseorang tu bgtau,
" manusia ni d jadikan dengan pelbagai jenis tanah, dari mana kita d jadikan, d situlah kita d kembalikan, makna nya dekat sini, abah d jadikan dengan tanah dr Mekkah, tempat yang suci d mana terletak nya pusara para nabi dan sahabat sahabat. tempat yang mulia 1 kelebihan untuk abah. patut lah masa hidup abah, dy seorang yang sangat baik. xpernah pukul, marah, atau jentik sekalipon, abah la yang paling cool sekali.  rupanya dari mana datang nya abah rupa rupa nya dari tempat yang baik baik. " Allahuakbar.

xsangka masa yang d jangka hanya 44 hari telah menjadi selamanya. abah tinggalkan kami semua. mak yang pergi berdua dengan abah balik sorang sorang. tapi xpe, kami redha, dan jangan risau, abah berjaya bentuk anak anak abah jadi orang yang berguna, dan kami kat sini akan terus berdoa untuk abah walaupun pusara abah jauh kat sana. Insyaallah, suatu hari nanti, kami semua akan melawat abah dekat sana...Amin....
# yang ni masa mula mula mak n abah pergi ke sana.


# yang ni masa tunggu mak n abah call tapi tak...

# yang ni pulak masa malam 1st time abah call <3




# look, saya bahagia kan? petanda. 

# bila dapat tau abah saket n xtau nak buat apa...

# penuh mengharap mak n abah akan balik sama-sama...


# abah tenat, xpernah rasa mcm ni sebelum ni....bercelaru..

# 8 / 11 / 12. abah pergi buat selamanya...

# terima kasih semua atas semangat... <3


# refresh balik ayat ayat lepas...<3


# rindu, xbole tengok barang abah sampai sekarang. nt nanges :(


# jadi kenyataan kan abang? xcukup ready lagi....


# allah, memang betol apa yang selama ni kite mimpi n apa yang selama ni d takotkan akan terjadi...



# terima kasih kawan2 yang bg semangat <3


# walaupun abah jauh, kiteorang xkan pernah lupa untuk terus doakan abah sbb abah ada dalam setiap diri kami adek beradek n mak. terima kasih jugak sebab doakan kita berjaya dalam hidup...terima kasih...sayang abah <3

Copyright© All Rights Reserved nurulatiqahmansor.blogspot.com